Lawak Lawak

posted under by nemo
Siapa Diluar?

Seorang penjenayah tua yg menyorok di pinggiran
kampung sedang  sakit berat. Dia sedang terbaring di
atas katil lusuhnya. Tiba-tiba terdengar ketukan keras
di pintu luar.  "Siapa di luar?" teriak orang  tua itu
dengan ketakutan.  "Saya Malaikat Maut!"
"Oh, syukurlah.  Saya  ingat yang datang anggota
polis!"

Diam  Ketika Makan

Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu  dan
seorang anak sedang makan malam bersama.
Anak : "Ayah,  di..."
Ayah : "Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!"
Setelah  selesai makan...
Ayah : "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau
katakan?"
Anak : "Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada
ulat!"

Janda Yang  Dahaga

Disini  saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai
seorang janda yang baru sahaja kematian suami....
Hasnah seorang janda  kaya yang baru sahaja kematian
suaminya  akibat  kemalangan jalanraya.  Beliau masih
muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik.
Sejak  kematian  suaminya, beliau sentiasa  diusik
oleh  jejaka-jejaka kampung  yang  sudah  lama
memendam rasa kepadanya.  Namun begitu, Hasnah tidak
pernah  melayan  kerana  pemuda-pemuda  kampung
tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah
suaminya... Walaupun.... hatinya berasa
sepi  ketika  waktu  ini.   Lebih-lebih  lagi di waktu
malam ... Rasa sepi
hatinya tiada siapa yang tahu... Pada   satu  malam,
kira-kira  pukul 2
pagi....  beliau bangun  dari katilnya...  badannya
terasa  panas....
tekaknya terasa haus.... beliau terasa  begitu dahaga
sekali.  Beliau
bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur.. sampai
di dapur... beliau terus membuka peti ais dan
mengambil sebotol  air  sejuk....  beliau  tuang  ke
dalam  cawan dan meminumya...
Setelah  meminum  air  tersebut..  beliau kembali
kedalam bilik dan tidur semula...   Sekian
terimakasih,  itulah  kisah  seorang  janda  yang
dahaga........... Wah, sepenuh hati korang  mambaca
nyer.
Ha...haa...haaa....

Lupa jalan pulang

Jenny   mempunyai   masalah   berat  badan,  lalu
menemui  doktor  untuk mendapatkan  rawatan  dan
nasihat.   Daripada  pertemuan singkat itu dia
dinasihatkan supaya berlari 16km sehari  selama
sebulan. Doktor  Sin  Chan  juga  memberi  jaminan
bahawa cara  itu amat berkesan. Jenny  mengikut
nasihat  yang  diberikan.  Selepas 30 hari
mengamalkan, berat  badannya turun sebanyak 10 kg. Dia
terlalu gembira lalu  menelifon Doktor Sin Chan. "Tapi
sayer ader masalah besar nih...."  katanyer.  "Apa
masalah awak?" DOKTOR bertanyer.....  "Macam mana saya
nak balik doktor,
skang nie,....saya berada 480km dari umah........

Dipecat

Majikan : Kamu di  pecat!
Pekerja : Tapi saya tidak melakukan apa-apa!!
Majikan : Itu  lah sebabnya mengapa kamu di pecat...

Mr Brown

Suatu ketika ada seorang ingin menelefon Mr. Brown.
Penelefon :  Hello, boleh saya hendak bercakap dengan
Mr. Brown?
Penerima : Oh, ini Mr. Black.
Penelefon :Oops Sorry, wrong color!

Kesian Makcik  nie...

"Satu pagi di stesen keretapi... Ada satu makcik  tu
dia tanya Attenden kaunter.
Makcik: Anak, keretapi sampai jam  berapa??
Attenden  kaunter:  yang  dari Alor Setar sampai jam 2
petang, yang dari Kota  Bharu  sampai  jam  1
petang, yang dari Kuala Lumpur  sampai jam 4 petang,
yang dari Gemas pulak satu jam lagi sampai la. Makcik
nak pergi mana??
Makcik:  Tak ke mana. Makcik nak melintas aja.  Terima
kasih lah anak, ni maknanya takde lah keretapi  lalu
sekarang  kan... ?  Terimakasih banyak-banyak. Makcik
tumpang lalu ye..."

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

0 comments

Make A Comment
top