Kes Cerai Aziz & Vee Sudah diputuskan Mahkamah
posted under
Artis dan Selebriti
by nemo
SELASA lalu ketika Zubir sedang menikmati hidangan makan tengah hari di restoran nasi padang sekitar Kuta, Bali, tiba-tiba seseorang dari Malaysia menghubungi Zubir, memberikan maklumat terbaru mengenai status rumah tangga pengarah, pelakon dan penerbit, Aziz M Osman dan isterinya, Nur Aliah atau Vee yang dikatakan sudah pun bercerai.
"Zubir, segala-galanya dah selamat. Kes perceraian Aziz dan Vee sudah pun diselesaikan di mahkamah. Takdir sudah pun berakhir. Untuk pengetahuan kau Zubir, Aziz dan Vee masih berkawan baik, tidak ada sebarang sengketa antara mereka. Hak penjagaan anak-anak pun diberikan sama rata.
"Sama-samalah kita mendoakan agar kebahagiaan akan menjelma dalam kehidupan mereka suatu hari nanti. Mereka sebenarnya pasangan bahagia. Tapi, apakan daya...," kata sumber berkenaan.
Sekiranya apa yang disampaikan ke telinga Zubir ini satu kebenaran, Zubir turut bersimpati dengan nasib yang menimpa rumah tangga Aziz dan Vee. Sebelum ini Zubir tidak pernah mendengar sebarang cerita negatif yang membabitkan Aziz mahupun Vee, tiba-tiba saja rumah tangga mereka bergelora, lalu hancur dilanda badai.
Sabarlah Aziz, Vee, perkahwinan ini sebenarnya satu percaturan hidup. Kita tidak mampu menjangkakan apa yang akan berlaku dalam rumah tangga kita untuk 10 atau 20 tahun akan datang. Namun, Zubir masih ingat kata-kata hikmah pengarah jutawan, Datuk Yusof Haslam.
"Zubir, dalam rumah tangga, kalau nak aman damai, si suami atau orang lelaki kena 100 kali lebih sabar daripada isteri, orang perempuan. Saya sendiri pernah berdepan dengan pelbagai dugaan, tapi alhamdulillah, berkat kesabaran, rumah tangga saya bahagia," kata Yusof.
nemo-ingat mereka leh bertahan lama..rupanya tidak...tk faham aku kenapa

Comment Form under post in blogger/blogspot